Pages

Pengumuman

Salam Sejahtera kepada semua Pelanggan Lady Kiki Bundle,

Lady Kiki Bundle menjual dress dan skirt dari Japan & US. Juga ada blaus dan pants dari Aussie, yang kebanyakkan saiznya agak besar sedikit.

Tempahan boleh dibuat seperti biasa, dan direspon bila beroperasi semula.

Pengeposan akan dibuat dibuat sekali seminggu mengikut kesesuaian waktu yang saya ada.. Harap dapat bersabar, jika saya terlambat balas mahupun pos. Tapi jika anda perlukan barang dengan kadar segera, sila maklumkan.

Bagi yang mencari pakaian2 atau barangan lain boleh layari Baby Chiko

Please type subject 'LKB ' & email to 'annxack@gmail.com' to place order

Semua urusan pesanan hanyalah melalui emel.


Terima kasih.
Jazakallah ♥ Nz

Tips Baju Baru




Assalaamualaikum!

Sementara menunggu baju2 untuk diupload, jom layan tips ini dulu yekk..
  1. Untuk pakaian yang baru dibeli, atau baru dapat hadiah, dan seumpamanya sebaiknya dicuci dahulu.
  2. Cuci secara berasingan daripada pakaian lain - takut2 pakaian yang baru dimiliki akan luntur warnanya dan akan merebak ke pakaian lain.
  3. Jangan rendam terlalu lama di dalam larutan detergen, untuk elak kain menjadi mudah rosak.
  4. Bagi pakaian terpakai, gunalah sabun/detergen yang boleh membunuh kuman.
  5. Hati2 dengan pembersih kotoran degil/bleaching kerana boleh menyebabkan perubahan warna pada pakaian anda. Sebaiknya cuba dahulu di bahagian tersembunyi.
Apabila anda membeli atau mendapat baju bundle yang pernah dipakai orang atau pun tidak, maka cuci pakaian tersebut dengan detergen yang dapat membunuh kuman agar penyakit-penyakit yang menempel di baju-baju tersebut dapat 100% bersih. Walaupun baju di Kiki Bundle sudah kami cuci, seeloknya anda cuci lagi sekali. Terutamanya baju yang masih mempunyai tag.